klik sini yer

Khamis, 24 November 2011

Persiapan Majlis Perkahwinan

Salam Semua......

Musim cuti sekolah kembali lagi, jadi seperti biasa orang ramai akan membuat perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan anak-anak pada masa ni. Dalam kesibukan membuat persiapan untuk menjadikan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan akan dikenang sehingga ke anak cucu, mungkin tidak akan berjaya sekiranya tiada perancangan awal / planning yang baik. Oleh itu, perancangan awal perlu ada supaya sesuatu majlis tiada menghadapi sebarang masalah pada saat-saat akhir.

Tidak perlu membazir duit untuk melantik ‘Wedding Planner’ bagi merealisasikan sesuatu majlis perkahwinan. Perlu yakin bahawa perancangan yang awal akan membuatkan sesuatu majlis itu akan berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Terdapat pelbagai medium untuk dijadikan bahan rujukan seperti media elektronik, majalah dan sebagainya.

Perancangan bagi Persiapan Majlis Perkahwinan adalah seperti di bawah:- 
  1. Tetapkan Tarikh Majlis Perkahwinan Yang Akan Diadakan
-   Mengambilkira faktor musim cuti samada cuti sekolah atau cuti am bagi memudahkan saudara mara berkumpul tidak kira yang jauh mahupun dekat.

2.      Tetapkan Tema 'Colour' Yang Dikehendaki
-   Seperti menjadi satu ‘trend’ bila sesuatu majlis ada tema ‘colour’ yang ditetapkan. Seperti warna ungu, merah, biru ‘torquise’, hijau dan lain-lain.

3.      Memperbaiki Rumah - kerja yang perlu dibuat awal seperti:-
-   Mengecat rumah / pagar / pasu bunga
-   Mengemas rumah dari sebarang habuk
-   Menukar langsir mengikut tema majlis termasuk bilik pengantin

4.      Tempahan Kad Jemputan Kahwin (2 bulan sebelum majlis diadakan)
-   Biasanya kad jemputan kahwin dipilih mengikut ‘budget’ yang ada

5.      Menjemput Majlis Perkahwinan (1 bulan sebelum majlis diadakan)
-   Tuan rumah mula sibuk menjemput saudara-mara terdekat mahupun yang jauh.
-   Perlu senaraikan nama siapa yang hendak dijemput (saudara-mara, kawan-kawan, dll)

6.      Persiapan Khemah
-   Khemah Pengantin
-   Khemah Makan:-
         i.  Tetamu VIP
ii.  Tetamu Biasa
-   Khemah Menunggu
-   Khemah Memasak
-   Khemah ‘Musician’ / DJ
-   Kerusi & Meja
7.      Menu Makanan
-   Tentukan menu bagi lauk-pauk, kueh, buah-buahan dan minuman serta makanan sampingan seperti cendol/kambing panggang/ayam golek dll.
i.    Majlis Pernikahan
ii.   Malam Berinai
iii.  Majlis Perkahwinan
      - Mesti sediakan lauk pengantin

8.      Pelamin dan Dekorasi Bilik Pengantin
-   Merujuk kepada mak andam yang dipilih dan ‘design’ yang telah ditetapkan

9.      Cenderamata dan Bunga Telor
-   Harga bergantung kepada ‘budget’ yang ada
-   Apa yang nak bagi?????? Terpulang…. Mengikut pilihan samada bertemakan moden / tradisional. Banyak jenis pilihan boleh ditentukan dengan pergi ke Nilai (harga brg yg dijual di sini agak murah sebab secara borong) iaitu pusat jualan barangan pengantin untuk mendapatkan idea bagi barang2 yang terkini. Terdapat pelbagai jenis seperti bunga telor, kotak, beg, glass dll. Perlu ingat ‘budget’ yang ada.
-   Tempah muffin / cupcake, biskut cokelat, dodol, kerepek, gula-gula dll. sesuai juga dijadikan 'door gift'-   Perlu sediakan untuk:-
i.     Tetamu VIP
ii.    Tetamu Sebelah Pengantin Perempuan / Lelaki
iii.   Tetamu Biasa
-   Sekiranya cenderamata bagi i, ii, & iii adalah sama pun tiada masalah.

10.  Kompang dan Silat 
-   Perlu tempah awal sebab takut tiada kekosongan

11.  DJ, Pemuzik Dan Karaoke
-   Perlu diingat bahawa ramai saudara-mara dan kawan-kawan yang berkumpul, jadi dari segi pemilihan pemuzik biarlah yang sederhana sahaja iaitu jangan sampai mengganggu sehingga tak boleh nak berborak-borak.
-   Kekadang boleh mengganggu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Al-maklumlah masa ni kita akan berkumpul dengan saudara-mara yang jauh dan dekat.

12.  Video / Photographer
-   Perlu ada untuk merakamkan saat manis dengan pasangan, ibu bapa, saudara-mara dan kengkawan
-   Pilih Photographer yang professional bagi memudahkan kerja rakaman
-   Sedara-mara atau adik beradik pun boleh….untuk jimat kos

13.  Badge / Lencana Penanggah
-   Perlu disediakan awal untuk memudahkan kerja
-   Perlu pastikan siapa yang ditugaskan samada adik-beradik dan sanak-saudara ataupun upah kendarat
14.  Bunga-Bunga Hiasan
-   Bunga Manggar (hadapan rumah pengantin)
Perlu ditanam seawal pagi majlis, untuk menunjukkan rumah pengantin

15.  Lain-lain
-   Tempah banner / bunting
Oleh itu, sesiapa yang bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan tak kiralah samada kecil atau besar, bolehlah rujuk entri saya ni. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang tidak boleh dilupakan. Persiapan di atas adalah sesuatu yang asas bagi setiap majlis perkahwinan yang bakal berkangsung. Tak perlu nak pening kepala, apa yang penting adalah kerjasama ahli keluarga, sefahaman dan yakin boleh!!!!!!!!
Bersama-sama ini dishare video perkahwinan artis sebagai suka-suka jer......dan boleh dijadikan contoh ker....Layan......


                   Video Pernikahan Tomok dan Ayu

                            Sekian....Good Luck




1 ulasan: