klik sini yer

Jumaat, 16 Disember 2011

Cara Memakai 'Eye Liner' (Celak Mata)

Salam Semua.......

'Eye Liner' (celak mata) biasanya akan dikaitkan dengan kaum wanita sahaja. Tetapi kekadang ada jugak artis lelaki yg pakai macam Shahir, Hazama, Amy Search dan ramai lagi lah. Tapi halnya sekarang bukan nak citer pun sapa yg pakai atau tak pakai celak ni.... Yang jadi masalah besar sekarang ni bila kita rasa nak pakai celak mata tapi tak tau kaedah sebenarnya macamana??? Oleh yang demikian, bila kita pakai dengan cara yang salah, silap hari bulan niat nak melawa jadi rupa mata lotong le plak (spesies monyet jugaklah).....nak nak bila kena panas....cair..... kau.....

Pernah jugaklah saya berdepan dgn situasi macam ni.......

Si A : "Camner agaknya nak pakai celak mata ni yer.... Orang pakai, akak pun pakai le tp macam rupa lotong jadinyer kau......Tengok klau org lain pakai cantik jer...."
Saya  : "Kena tengok le celak tu jenis apa.....jgn pakai belasah jer....."

Sebenarnya agak susah nak gayakan 'eye liner' ni jika tak tau caranya.... Oleh itu, ni le masa saya nak share bagitau caranya ialah seperti di bawah:-
  1. Kenal pasti celak mata yang hendak digunakan terlebih dahulu, samada jenis pencil, liquid / cecair, crayon, cream (banyak jenis tau jgn pakai hentam jer.....)
  2. Biasanya kualiti 'eye liner' ni pun bergantung pada dia punya jenama jugaklah....... macam saya lebih suka pakai jenama 'MAC' yang dibeli dari pasaraya SOGO dengan harga lebih kurang RM 65.00 sebatang je (agak aku klau makan KFC pun kenyang dgn harga ni). Suka brand ni sebab dia memang 'waterproof' / tidak mudah cair......berbanding dengan jenama lain kekadang dia mudah cair le plak tu yg tak berapa nak suka tu.....
  3. Yang paling penting korang kena tau cara bagaiman nak mula pakai 'eye liner' ni, & jgn pakai hentam jer.....
  4. Pendekkan cerita, korang tengok jer lah video kat bawah ni ya........



Video ni paling saya suka sbb memang tau le kaedah nya yg sebenar.......Video ni Create by Michelle Phan


Video ni pun ok jgak le sbb mudah korang nak paham.....

O.k lah korang pun dah tengok dan belajar caranya yang sebenar kan.......Sebenarnya saya pun ada koleksi celak yg dipakai hanya pd majlis tertentu jer..... sbb klau pkai ke opis alamatnya tengahari le baru sampai sana sbb nak gayakan 'eye liner' ni pun makan berejam jugaklah gamaknyer......


Pencil eye liner


liquid eye liner pun ada tapi tak berapa tau nak pakai.....hehe

Sekian..........TQ for reading

Selasa, 13 Disember 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat RM 500 (Original)

Salam semua........


Masih tercari-cari Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)??????? Ambik jer kat bawah ni. Sila print.......Lepas tu lengkapkan dengan huruf besar dan hantar ke lokasi yang telah ditetapkan....segala maklumat yang diperlukan ada dinyatakan dalam laman web di bawah ini.....

Klik Sini


Lepas dah masuk laman web tu, korang
  1. klik terus jer pada muat turun borang (BR1M) / klik pada BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) ada kat sudut atas sebelah kiri
  2. klik pada BORANG PERMOHONAN
  3. Lepas tu korang akan jumpa borang yg dimaksudkan tu.... senang jer kan.. lepas tu korang print & lengkapkan. Klau jiran sebelah umah korang agak2 gaji diorang kurang dr RM 3,000.00, maka korang bagikan kat diorang sekali. Takde hal nyelah....tolong jiran tetangga......
Sekian.......

Khamis, 24 November 2011

Persiapan Majlis Perkahwinan

Salam Semua......

Musim cuti sekolah kembali lagi, jadi seperti biasa orang ramai akan membuat perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan anak-anak pada masa ni. Dalam kesibukan membuat persiapan untuk menjadikan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan akan dikenang sehingga ke anak cucu, mungkin tidak akan berjaya sekiranya tiada perancangan awal / planning yang baik. Oleh itu, perancangan awal perlu ada supaya sesuatu majlis tiada menghadapi sebarang masalah pada saat-saat akhir.

Tidak perlu membazir duit untuk melantik ‘Wedding Planner’ bagi merealisasikan sesuatu majlis perkahwinan. Perlu yakin bahawa perancangan yang awal akan membuatkan sesuatu majlis itu akan berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Terdapat pelbagai medium untuk dijadikan bahan rujukan seperti media elektronik, majalah dan sebagainya.

Perancangan bagi Persiapan Majlis Perkahwinan adalah seperti di bawah:- 
  1. Tetapkan Tarikh Majlis Perkahwinan Yang Akan Diadakan
-   Mengambilkira faktor musim cuti samada cuti sekolah atau cuti am bagi memudahkan saudara mara berkumpul tidak kira yang jauh mahupun dekat.

2.      Tetapkan Tema 'Colour' Yang Dikehendaki
-   Seperti menjadi satu ‘trend’ bila sesuatu majlis ada tema ‘colour’ yang ditetapkan. Seperti warna ungu, merah, biru ‘torquise’, hijau dan lain-lain.

3.      Memperbaiki Rumah - kerja yang perlu dibuat awal seperti:-
-   Mengecat rumah / pagar / pasu bunga
-   Mengemas rumah dari sebarang habuk
-   Menukar langsir mengikut tema majlis termasuk bilik pengantin

4.      Tempahan Kad Jemputan Kahwin (2 bulan sebelum majlis diadakan)
-   Biasanya kad jemputan kahwin dipilih mengikut ‘budget’ yang ada

5.      Menjemput Majlis Perkahwinan (1 bulan sebelum majlis diadakan)
-   Tuan rumah mula sibuk menjemput saudara-mara terdekat mahupun yang jauh.
-   Perlu senaraikan nama siapa yang hendak dijemput (saudara-mara, kawan-kawan, dll)

6.      Persiapan Khemah
-   Khemah Pengantin
-   Khemah Makan:-
         i.  Tetamu VIP
ii.  Tetamu Biasa
-   Khemah Menunggu
-   Khemah Memasak
-   Khemah ‘Musician’ / DJ
-   Kerusi & Meja
7.      Menu Makanan
-   Tentukan menu bagi lauk-pauk, kueh, buah-buahan dan minuman serta makanan sampingan seperti cendol/kambing panggang/ayam golek dll.
i.    Majlis Pernikahan
ii.   Malam Berinai
iii.  Majlis Perkahwinan
      - Mesti sediakan lauk pengantin

8.      Pelamin dan Dekorasi Bilik Pengantin
-   Merujuk kepada mak andam yang dipilih dan ‘design’ yang telah ditetapkan

9.      Cenderamata dan Bunga Telor
-   Harga bergantung kepada ‘budget’ yang ada
-   Apa yang nak bagi?????? Terpulang…. Mengikut pilihan samada bertemakan moden / tradisional. Banyak jenis pilihan boleh ditentukan dengan pergi ke Nilai (harga brg yg dijual di sini agak murah sebab secara borong) iaitu pusat jualan barangan pengantin untuk mendapatkan idea bagi barang2 yang terkini. Terdapat pelbagai jenis seperti bunga telor, kotak, beg, glass dll. Perlu ingat ‘budget’ yang ada.
-   Tempah muffin / cupcake, biskut cokelat, dodol, kerepek, gula-gula dll. sesuai juga dijadikan 'door gift'-   Perlu sediakan untuk:-
i.     Tetamu VIP
ii.    Tetamu Sebelah Pengantin Perempuan / Lelaki
iii.   Tetamu Biasa
-   Sekiranya cenderamata bagi i, ii, & iii adalah sama pun tiada masalah.

10.  Kompang dan Silat 
-   Perlu tempah awal sebab takut tiada kekosongan

11.  DJ, Pemuzik Dan Karaoke
-   Perlu diingat bahawa ramai saudara-mara dan kawan-kawan yang berkumpul, jadi dari segi pemilihan pemuzik biarlah yang sederhana sahaja iaitu jangan sampai mengganggu sehingga tak boleh nak berborak-borak.
-   Kekadang boleh mengganggu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Al-maklumlah masa ni kita akan berkumpul dengan saudara-mara yang jauh dan dekat.

12.  Video / Photographer
-   Perlu ada untuk merakamkan saat manis dengan pasangan, ibu bapa, saudara-mara dan kengkawan
-   Pilih Photographer yang professional bagi memudahkan kerja rakaman
-   Sedara-mara atau adik beradik pun boleh….untuk jimat kos

13.  Badge / Lencana Penanggah
-   Perlu disediakan awal untuk memudahkan kerja
-   Perlu pastikan siapa yang ditugaskan samada adik-beradik dan sanak-saudara ataupun upah kendarat
14.  Bunga-Bunga Hiasan
-   Bunga Manggar (hadapan rumah pengantin)
Perlu ditanam seawal pagi majlis, untuk menunjukkan rumah pengantin

15.  Lain-lain
-   Tempah banner / bunting
Oleh itu, sesiapa yang bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan tak kiralah samada kecil atau besar, bolehlah rujuk entri saya ni. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang tidak boleh dilupakan. Persiapan di atas adalah sesuatu yang asas bagi setiap majlis perkahwinan yang bakal berkangsung. Tak perlu nak pening kepala, apa yang penting adalah kerjasama ahli keluarga, sefahaman dan yakin boleh!!!!!!!!
Bersama-sama ini dishare video perkahwinan artis sebagai suka-suka jer......dan boleh dijadikan contoh ker....Layan......


                   Video Pernikahan Tomok dan Ayu

                            Sekian....Good Luck




Selasa, 22 November 2011

Pusat Sains Negara, Bukit Kiara


Salam Semua........


Sempena musim cuti sekolah ni, saya nak share mengenai lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN), yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Tempat ini adalah amat sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah untuk menambahkan pengetahuan yang sediada. Rekabentuk bangunan PSN ini memang unik iaitu menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah.


Untuk makluman, PSN telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 29 hb. November, 1996.


Terdapat pelbagai pameran yang direka khas bagi tujuan menarik dan menggalakkan pengunjung untuk manaruh / menanam minat yang tinggi di dalam bidang Sains dan Teknologi. Pameran ini amat sesuai bagi pelajar2 sekolah dan kanak-kanak kerana di sini ada disediakan kemudahan untuk mereka mencuba sesuatu iaitu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi. Terdapat juga tempat permainan bagi kanak-kanak.


Kanak-kanak akan teruja dengan pelbagai permainan yang disediakan di sini


Konsep keseluruhan PSN ini adalah untuk mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

Harga tiket yang dikenakan (sehingga bulan Disember, 2011) :-
  • Orang Dewasa (18 tahun ke atas)        = RM 8.00
  • Kanak-Kanak (17 tahun ke bawah)     = RM 5.00
  • Kanak-Kanak (4 tahun ke bawah)       = PERCUMA

Dinosaurs ni boleh bergerak-gerak. Cuak juga bila buat pertama kali melihatkannya



Gambar menunjukkan Dinosaurs ni boleh bergerak-gerak, nampak macam 'real' jer.... mana taknyer ada anak-anak kecil yang ketakutan tengok Dinosaurs ni macam hidup jer....


                                     
  
Pandangan dari laluan untuk naik ke atas

                                      

                                     
Antara keterangan yang ada. Setiap Dinosaurs ada keterangan masing-masing. Jadi, pengunjung boleh lihat dan baca apa yang disediakan.

                                     


                                     
Antara Dinosaurs yang ada


Nampak macam 'real' jer Dinosaurs ni makan daging dengan darah bertaburan......diselangi dengan bunyi-bunyian yang menyeramkan

Kelihatan satu sudut permainan kanak-kanak di dalam 'Peneroka Comel / Little Explorers' bagi mereka yang berumur 4 tahun ke bawah sahaja.

Oleh itu, kepada para ibu bapa yang masih memikirkan tempat untuk membawa anak-anak mereka bercuti / dilawati pada cuti sekolah ini, cubalah bawa mereka ke PUSAT SAINS NEGARA. Selain daripada terdedah ke alam Sains iaitu pendidikan, kanak-kanak juga boleh mencuba sesuatu yang berkaitan dengan Sains dan teknologi.

Sekian......

Khamis, 10 November 2011

Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka

Salam semua......

Hari Isnin sempena cuti sambutan Hari Raya Haji tempoh hari kitorang pegi Taman Seribu Bunga yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka. Tiada sebarang bayaran dikenakan buat masa ini iaitu PERCUMA jer....

Taman Seribu Bunga ni sudah tentulah mempunyai pelbagai jenis bunga dengan susunatur landskap yang agak menarik. Selain bertujuan membawa keluarga bersiar-siar taman ni juga amat bersesuaian untuk photoshot gambar hari bahagia seperti gambar kenangan perkahwinan atau pertunangan. Sesuai juga untuk pihak sekolah sekiranya membuat lawatan Cik Kiah sambil belajar ker.....Tetapi lebih baik datang bersiar-siar waktu pagi ataupun petang kerana sekiranya waktu tengahari agak panas jugalah....

Antara yang menarik di sini ialah:-



 Tembok pagar pintu masuk TAMAN SERIBU BUNGA


Pemandangan Rumah Tradisional Melayu Melaka yang masih banyak terdapat di kampung2
 (ada sengkuap, rumah tengah dan dapur dan yang paling utama rumah Melaka ni mesti ada tangga batu dan batu alas bagi setiap tiang rumah)


Perigi batu (tapi air ni tak boleh diminum)

Pemandangan dari atas tapi yang pastinya bukan atas pokok yer....tapi ada tangga

Susunan tiang agak cantik le....

Antara koleksi pokok puding yang ada. Biasanya orang kampung memang suka tanam pelbagai jenis pokok puding kerana kaedah penanamannya adalah sangat mudah jer....

Antara pokok kaktus yang ada. Tapi macam boleh ditambah untuk nampak kepelbagaiannya

Setakat ni saja, untuk hari ni, sekian.......

Sabtu, 29 Oktober 2011

Cara Memberus Gigi Dengan Betul

Salam semua.....

Hari ni rasa nak share pasal memberus gigi dengan cara yang betul. Melalui survey saya, semua orang sebenarnya mengetahui cara memberus gigi. Tetapi adakah cara anda gosok gigi tu dengan cara yang betul???? Sebenarnya mengetahui cara gosok gigi yang betul adalah langkah pertama untuk mencapai kebersihan gigi yang baik.

Biasanya, pada umur 30-an barulah kita sedar betapa pentingnya gigi dalam penampilan. terutamanya apabila kita berada dalam alam pekerjaan. Apabila senyum dengan orang tentunya kita nakkan gigi yang cantik dan yang paling penting gigi yang cukup (takde patah2 / rongak) dan gusi yang sihat.

Oleh itu, dipendekkan cerita, cara untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik ialah:-
  1. cara berus gigi mestilah dengan betul, teratur & berkesan.
  2. bergantung kepada kekerapan dan teknik memberus gigi
  3. pemilihan berus gigi yang lembut / soft. Tetapi kekadang kita fikir kalau berus gigi yang lembut ni, macam tak bersih je lepas gosok gigi. Apabila guna berus gigi yang lembut dan digosok dengan cara yang betul, ianya akan berhasil.
  4. pilih ubat gigi yang berflourida. Banyak dijual di pasaran.
  5. berus gigi pada setiap pagi iaitu selepas sarapan pagi dan sebelum tidur. Dimaklumkan bahawa selepas sarapan, bakteria banyak berkumpul.
  6. jangan berus gigi secara paksa (seperti berus kasut sekolah / lantai bilik air) kerana ia akan menyebabkan penghakisan gigi dan keradangan gusi akibat cara gosok yang salah.
  7. bersihkan setiap permukaan pipi, lidah dan gigi.
  8. ambil masa yang secukupnya iaitu sekitar 2 minit.
  9. sentiasa tukar cara berus gigi kerana kalau gosok dengan cara yang sama, mungkin boleh meninggalkan kawasan kotor secara tidak sengaja.
  10. floss gigi 1 hari sekali untuk membersihkan celah gigi sebab berus gigi tak mampu untuk mencapai ke celah2 gigi
  11. kumur dengan ubat kumur. Saya pilih colgate kerana tanpa alkohol dan bila kumur takdelah pedas sangat pun.....(kalau listerine dia ada alkohol yg boleh menyebabkan rasa pedas sikit)
  12. jangan lupa tukar berus gigi iaitu 3 bulan sekali.
  13. jumpa doktor gigi 2 kali setahun.
Cara gosok gigi yang betul adalah seperti video ni:- 


Kekadang kita lihat cara gosok gigi ni pun terdapat pelbagai kaedah, iaitu samada:-
  1. memberus secara dari pangkal gigi ke bawah (seperti video di atas) ataupun seperti mencungkil tahi gigi,
  2. memberus secara bulatan kecil (seperti video di bawah)

Untuk pengetahuan, saya pernah tanya pendapat doktor gigi semasa buat check-up hari tu, "sebenarnya doktor, cara gosok gigi yang betul tu camner???, cara berus secara bulatan kecik atau atas ke bawah???". Dr. tu pun jawap "haiya.... dah besar pun tak tau nak gosok gigi ke??? he he tipu je.. tu saya yang cakap.... Dr. tu kata.... "tak kisah cara camner pun... yang penting secara lembut. Beli berus gigi yang lembut dan jangan pakai yang keras. Sebab berus yang keras bukan setakat gigi, dengan gusi pun boleh haus (cakap orang melayu) sebenarnya gusi menurun.

Boleh dibuat kesimpulan bahawa gosok gigi tu biarlah dengan cara yang betol....sayangilah gigi anda kerana sekiranya dah patah, tiada tumbuh lagi dah......yang paling penting sejak dari kanak-kanak lagi.

Saya pun apalagi, tak habis2 lah cari berus gigi yang lembut..... nak tengok berapa banyak berus gigi yang saya ada......... taraaaa.......



Banyak tak??? Oral-B ada, Colgate ada, Systema pun ada....
pendek kata, macam-macam ada......
Rasa-rasa pakai setahun pun tak habis lagi ni.....


Ini pula adalah floss. Digunakan satu kali sehari jer....















Isnin, 15 Ogos 2011

Lagu Nasyid "Stanza Cinta", Lagu Latarbelakang

Salam Semua......


Semalam layan citer "Stanza Cinta" kat TV3. Citer yang ada Aaron Aziz (sbg. Irfan), Nur Fathia (sbg. Amni) dan Fizz Fairuz (sbg. Taufik) tu....O.k gak lah citer tu. Kalau korang dah tengok ceciter ceciter sikit (macam abg Usop plak).....


Lagu tema dia guna lagu Alyah. Tapi kalau tang babak (scene) yang sedih tu korang perasan tak dia guna lagu Nasyid sebagai latar belakangnya. Sebenarnya lagu yang dia guna tu ialah lagu nyanyian artis seberang / Indonesia yang terkenal dengan lagu2 ketuhanan. Penyanyi dia ialah 'Opick' dan tajuk lagunya ialah 'Astaghfirullah (Istighfar)'. Lagunya adalah seperti di bawah ni.....


O.k tak lagu ni????? Kalau best korang layan le yer....

Sekian.......

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

Salam semua.....


Selamat berpuasa diucapkan kepada sesapa yang baca blog sy ni. Hari ni sy nak tulis sikit berkenaan Bulan Ramadhan.


Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap orang yang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia untuk kita mendapatkan keredaan Allah dan keampunan darinya. Orang yang mendapat keredaan dan keampunan Allah adalah mereka yang melaksanakan ibadatnya pada bulan mulia ini dengan penuh taat. Oleh itu, Syurga adalah anugerah bagi hambanya yang benar-benar melakukan ibadat keranaNya dan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda serta keampunan yang banyak sekali, terutamanya pada malam 'Lailatul Qadar'. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat 4 perkara yang boleh menyebabkan tiada diampunkan dosanya iaitu:-


1. Orang yang kekal minum arak
2. Orang yang menderhaka terhadap ibu dan bapanya
3. Orang yang memutuskan silaturrahim
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih daripada 3 hari


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN:-


1. PUASA


- iaitu menahan lapar dan dahaga bermula dari tebitnya fajar sehingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat. Selain itu, kita perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:-


i) Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati  dari mengingati Allah S.W.T.
ii) Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya.
iii) Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak.
iv) Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa.
v) Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan yang banyak sehingga perut penuh dengan makanan tersebut.
vi) Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah ataupun tidak.


2. MEMBACA AL-QURAN


- Kita digalakkan membaca Kitab Al-Quran kerana pada bulan Ramadhan itulah Al-Quran diturunkan. Kita hendaklah membaca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh, mempelajari tafsirnya serta memahaminya.


3. SOLAT TARAWIH


- Solat Tarawih ialah solat yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Oleh sebab itu, ia juga dikenali dengan nama Qiyam Ramadhan, iaitu solat yang didirikan pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis, hukum solat Tarawih adalah sunat muakkad. Ianya boleh dilakukan secara bersendirian di rumah ataupun secara berjema'ah di masjid ataupun surau (lebih afdal dilakukan secara berjema'ah).
- Bilangan rakaatnya adalah 8 ataupun 20. Samada bilangan rakaatnya 8 atau 20, Solat Tarawih dibuat dua rakaat, iaitu selepas setiap dua rakaat ada satu salam. Selepas salam, bangun semula untuk menunaikan dua rakaat lagi, dan seterusnya. Ia didirikan selepas selesai menunaikan solat fardhu Isyak.


4. MALAM LAILATUL QADAR


- Ia terjadi pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan, iaitu pada malam-malam ganjil seperti malam 21, 22, 23, 25, 27 dan 29. kita hendaklah menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan memperbanyakkan solat sunat pada waktu malam, membaca Al-Quran, istighfar, dzikir, bertasbih dan membaca selawat.


5. I'TIKAF


- I'tikaf 10 hari terakhir di bulan Ramadhan iaitu berdiam diri di masjid, dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah S.W.T. seperti solat wajib berjemaah, solat sunat, memperbanyakkan doa, berdzikir, beristighfar, bartaubat, membaca Al-Quran dan amal soleh lainnya.


6. BERSEDEKAH


- Bersedekah itu ada 10 kepujian iaitu 5 di dunia dan 5 lagi di akhirat. Antaranya ialah:-


- Dunia
i) Menyucikan hartanya
ii) Menyucikan badannya
iii) Menolak bala penyakit
iv) Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
v) Allah memberkati dan meluaskan lagi hartanya


- Akhirat
i) Dinaungkan Allah orang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas
ii) Ringan azabnya
iii) Berat timbangannya (amalan) di akhirat
iv) Mudah melalui titi Sirotolmustaqim
v) Bertambah darjatnya di dalam syurga


7. MELAKSANAKAN IBADAH UMRAH


- dapat memperolehi ganjaran pahala yang begitu besar. Ia sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah Umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadhan adalah menyamai haji (Riwayat Bukhari).








Rujukan: Koleksi Buku Agama & Laman Web

Rabu, 27 Julai 2011

HARI KEMERDEKAAN

Salam semua......

Sempena tibanya bulan kemerdekaan beberapa hari lagi ni, dan tak lupa juga sempena Hari Malaysia, jom kita berkongsi lagu "1 Malaysia" yang paling best sekali didengar dari pelajar University Lim Kok Wing. Memang lagu ni dah biasa didengar di radio mahupun TV, tapi cuba kita hayati sama2 lirik lagu yg hendak disampaikan tu sungguh mendalam tentang Malaysia.

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ni (2011) adalah yang ke-54 dan bertemakan "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera".

Seperti yang telah kita ketahui, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 ini, telah ditunda pada 16 September 2011 bersempena dengan Hari Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh tarikh 31 Ogos serentak dengan sambutan hari Raya Aidil Fitri oleh umat Islam.


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-54

Oleh itu, untuk U All Malaysian, mari kita hayati lirik lagu ni. Walaupun mereka bukan dari golongan artis seperti Siti Nurhaliza ataupun Faizal Tahir, tetapi harus diberi pujian kerana lagu yang berkualiti dan telah disampaikan oleh kalangan remaja telah berjaya menarik minat kita mendengarnya tanpa rasa jemu.....



Selasa, 12 Julai 2011

Servis Kereta Honda

Salam semua..... semalam aku pi servis kereta Honda kat WESTSTAR AUTO SDN BHD kat Jalan Ulu Kelang, Ampang.
Pengalaman yang dapat dikongsi ialah tempat menunggu dia yang sangat ler selesa... Aku nyer servis yang ke 40,000 km plak tu... kena tunggu 2 jam. Tapi memandangkan tempat menunggu dia yang teramat selesa rasa macam kejap jer 2 jam tu....Aku fist time hantar servis kat situ sebab tempat servis aku NEW ERA SALES (M) SDN BHD yang lama tu dah pindah ke Kajang.... So wat to do kena cari alternatif tempat lain ler walaupun jauh sikit....
Antara kemudahan yang disediakan ialah TV, Line Internet, Kerusi Massage (Gintell), Pop-Corn. Lagi satu servis dia ni sampai jam 10.00 malam... Nak dijadikan cerita aku pi bawak anak aku plak... tapi bila ada line internet boleh le dia lepak main game sambil makan pop-corn. Yang paling kelakar bila time nak balik siap dia pau lagi pop-corn untuk adik dia kat umah... hehehe wat malu jer... tapi aku suruh dia bawak.. malu le plak aku nak bawak...
Last sekali sampai umah pop-corn dah sejuk, alamatnya tong sampah lah jawapnyer...