klik sini yer

Rabu, 11 Julai 2012

Power Royal Sevens Rugby Tournament 2012

Salam,

Hari ni nak citer sikit pasal tournament ragbi. Ragbi yang dimaksudkan ialah ‘14th International Power Royal Sevens Rugby Tournament 2012’. Tournament ini telah diadakan seperti di bawah:-

Tarikh              :           30th June – 1st July, 2012
Hari                 :           Sabtu & Ahad
Tempat          :           Padang MPS Seremban, Negeri Sembilan
Masa              :           8.00 pagi - 6.00 petang

Kenapa International???? Sedangkan setiap tahun tournament ini disebut Power NS Royal Sevens Rugby. Korang mesti nak tau kan, kenapa tahun ni dinamakan sehingga ke INTERNATIONAL????? Sebabnya ialah, tournament ini biasanya akan melibatkan pemain2 dari luar Negara seperti dari South Africa, Fiji, Singapore dan sebagainya.

Bagi tahun 2012, kejohanan ini telah melibatkan penyertaan dari 24 Kelab dan 20 Sekolah yang bertanding. Kelab yang terlibat sudah semestinya dari N.S sendiri iaitu NS Wanderers, NS Perantau, NS Barbarians dan De Perpatih RC. Tetapi apa yang penting, Club yang ternama seperti Cobra, Sibu RC turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Namun begitu, ada juga berita yang amat menyedihkan, apabila terdapat ‘team’ lain yg menarik diri pada saat2 akhir. Kalau ia berlaku pada minggu2 akhir o.k le lagi sebab AJK yg bertugas boleh gantikan dengan ‘team’ lain. Tapi apo bolih buek, kito merancang, tuhan yg monontukan. Apepun kejohanan perlu diteruskan dan diatur supaya berjalan dengan lancar dan jayanya.

Ucapan terima kasih juga kepada semua ‘sponsors’ yang terlibat terutamanya BATA Marketing Sdn. Bhd. (Power) yang merupakan penaja utama bagi menjayakan kejohanan Ragbi ini. Tidak dilupakan kepada penaja setiap tahun iaitu Nestle, 100Plus dan Bina Terbit Sdn. Bhd., termasuklah penaja2 baru….

Bagi mereka yg minat giler dan pengikut setia NS Royal Sevens ni dan tidak dapat menghadirkan diri ke PC hari tu, ni dia gambar masa Press Conference pada 19th Jun, 2012.


 'back drop stage'

Cari apa lagi??? Ni je gambar yang ada… Gambar yang dimaksudkan hanyalah gambar ‘back drop stage’ hari tu je…..

Kejohanan tahun ni amatlah best sbb sebelum perlawanan akhir ada perlawanan dari Noghori Ol Skool VS Singapore Police Ol Skool. Memang kelakar dan menghiburkan. Rugi kalau ekau tak nengok eh…..Kemain lagi eh….

Oleh itu, aku pun telah sama2 memberi sokongan kepada Kelab dan Sekolah2 yang terlibat demi untuk memenuhkan Padang MPS hari Sabtu & Ahad haritu kerana masuk adalah percuma jer……

Tapi apa yang penting kat sini, kita datang dengan satu tujuan iaitu menyokong & menyemarakkan semangat ‘team’ pujaan kita. Di samping tu jugak, ada disediakan gerai2 makanan & minuman. Lepas korang dah bagi sokongan bagai kat ‘team’ korang, pegi le pulak jengok gerai T-Shirt, cenderahati dan berbagai lagi lah, semuanya ada disediakan…..

Tapi bagi aku pulak, semestinya aku datang kat padang tu semata2 untuk sokong team ‘NS Wanderers’. Sepertimana yang telah dijangkakan, team ‘NS Wanderers’ telah menang tahun ni iaitu 2012 seperti mana tahun 2000, 2004, 2005, 2007, 2008 dan 2009. Confident je aku, sebab aku yakin dengan semangat kesukanan ragbi yang ada pada korang….Yang paling penting aku dapat tengok muka2 pemain / budak2 lama tempatan dan dari Fiji yg datang dan bersatu untuk bertanding bagi memenangi kejohanan ini. Kemenangan ini amatlah MEMBANGGAKAN buat semua……. Chewah!!!!!!(berio-io lak ai aku ni)……

-         TAHNIAH BUAT KORANG SEMUA -

’NO PAIN NO GAIN’…….


Andaikan lagu ni berbunyi GO! WANDERERS GO!!!!!
O.K babai….

TQ for reading

Jumaat, 8 Jun 2012

Lagu OST Seindah Sakura

Salam,

Sekarang ni bila petang je sibuk sikit sebab layan citer Seindah Sakura yang ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin - Khamis jam 7.00 petang. Korang dah tengok tak???? Antara pelakon yang terlibat ialah Fasha Sanda, Fahrin Ahmad, Wan Sharmila, Sherrie Merlis, Zarina Zainuddin, Dato' Eizlan Yusof dan ramai lagi lah.....

Bukan nak citer sapa barisan pelakon dia pun tapi lagu background dia tu memang best kau.....

Antara lagu yang best, kau try dengau kat bawah ni ya.......dengau, jangan tak dengau....



Tajuk lagu : Buatku Di sana
Nyanyian : Mafa ft Ronnie (OIM)





Tajuk lagu : Harapan
Nyanyian : Hyper Act

Cerita ni memang best la (bagi aku le, tapi tak tau le pendapat korang) , sebab dia menceritakan kisah perjalanan  kehidupan sebuah keluarga yang hidup SUSAH........Watak Fasha Sanda sebagai Shaqira dan Wan Sharmila sebagai Anida sangat le berkesan....Kisah sedih, suka, duka, semua ada......

Memang rugi kalau tak tengok.... Apalagi boleh tengok lah minggu depan ada lagi....

O.K Babai......

TQ for reading


Jumaat, 11 Mei 2012

Surah Al-Waqiah

Salam......


Lama rasanya tak berblog.... bukan apernya sibuk ckit uruskan anak ke sekolah dan tugas2 seharian. Takde masa langsung saya nak pikirkan soal berblog.


Masa ni ada le ckit benda yg nak ditulis iaitu video kat bawah ni..... Korang dengar dan hayatinya....


Selain daripada kita menghafal lirik lagu cintan2 apa le salahnya kalau kita mendengar, menghayati dan menghafal surah2 pilihan ni.



Surah di atas merupakan Surah Al-Waqiah. Ia merupakan salah satu surah pilihan & amalan bagi kita. Next time saya akan bagitau kebaikan mengamalkan surah ni.....



Selamat beramal.......


TQ For Reading......

Jumaat, 16 Disember 2011

Cara Memakai 'Eye Liner' (Celak Mata)

Salam Semua.......

'Eye Liner' (celak mata) biasanya akan dikaitkan dengan kaum wanita sahaja. Tetapi kekadang ada jugak artis lelaki yg pakai macam Shahir, Hazama, Amy Search dan ramai lagi lah. Tapi halnya sekarang bukan nak citer pun sapa yg pakai atau tak pakai celak ni.... Yang jadi masalah besar sekarang ni bila kita rasa nak pakai celak mata tapi tak tau kaedah sebenarnya macamana??? Oleh yang demikian, bila kita pakai dengan cara yang salah, silap hari bulan niat nak melawa jadi rupa mata lotong le plak (spesies monyet jugaklah).....nak nak bila kena panas....cair..... kau.....

Pernah jugaklah saya berdepan dgn situasi macam ni.......

Si A : "Camner agaknya nak pakai celak mata ni yer.... Orang pakai, akak pun pakai le tp macam rupa lotong jadinyer kau......Tengok klau org lain pakai cantik jer...."
Saya  : "Kena tengok le celak tu jenis apa.....jgn pakai belasah jer....."

Sebenarnya agak susah nak gayakan 'eye liner' ni jika tak tau caranya.... Oleh itu, ni le masa saya nak share bagitau caranya ialah seperti di bawah:-
  1. Kenal pasti celak mata yang hendak digunakan terlebih dahulu, samada jenis pencil, liquid / cecair, crayon, cream (banyak jenis tau jgn pakai hentam jer.....)
  2. Biasanya kualiti 'eye liner' ni pun bergantung pada dia punya jenama jugaklah....... macam saya lebih suka pakai jenama 'MAC' yang dibeli dari pasaraya SOGO dengan harga lebih kurang RM 65.00 sebatang je (agak aku klau makan KFC pun kenyang dgn harga ni). Suka brand ni sebab dia memang 'waterproof' / tidak mudah cair......berbanding dengan jenama lain kekadang dia mudah cair le plak tu yg tak berapa nak suka tu.....
  3. Yang paling penting korang kena tau cara bagaiman nak mula pakai 'eye liner' ni, & jgn pakai hentam jer.....
  4. Pendekkan cerita, korang tengok jer lah video kat bawah ni ya........



Video ni paling saya suka sbb memang tau le kaedah nya yg sebenar.......Video ni Create by Michelle Phan


Video ni pun ok jgak le sbb mudah korang nak paham.....

O.k lah korang pun dah tengok dan belajar caranya yang sebenar kan.......Sebenarnya saya pun ada koleksi celak yg dipakai hanya pd majlis tertentu jer..... sbb klau pkai ke opis alamatnya tengahari le baru sampai sana sbb nak gayakan 'eye liner' ni pun makan berejam jugaklah gamaknyer......


Pencil eye liner


liquid eye liner pun ada tapi tak berapa tau nak pakai.....hehe

Sekian..........TQ for reading

Selasa, 13 Disember 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat RM 500 (Original)

Salam semua........


Masih tercari-cari Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)??????? Ambik jer kat bawah ni. Sila print.......Lepas tu lengkapkan dengan huruf besar dan hantar ke lokasi yang telah ditetapkan....segala maklumat yang diperlukan ada dinyatakan dalam laman web di bawah ini.....

Klik Sini


Lepas dah masuk laman web tu, korang
  1. klik terus jer pada muat turun borang (BR1M) / klik pada BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) ada kat sudut atas sebelah kiri
  2. klik pada BORANG PERMOHONAN
  3. Lepas tu korang akan jumpa borang yg dimaksudkan tu.... senang jer kan.. lepas tu korang print & lengkapkan. Klau jiran sebelah umah korang agak2 gaji diorang kurang dr RM 3,000.00, maka korang bagikan kat diorang sekali. Takde hal nyelah....tolong jiran tetangga......
Sekian.......

Khamis, 24 November 2011

Persiapan Majlis Perkahwinan

Salam Semua......

Musim cuti sekolah kembali lagi, jadi seperti biasa orang ramai akan membuat perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan anak-anak pada masa ni. Dalam kesibukan membuat persiapan untuk menjadikan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan akan dikenang sehingga ke anak cucu, mungkin tidak akan berjaya sekiranya tiada perancangan awal / planning yang baik. Oleh itu, perancangan awal perlu ada supaya sesuatu majlis tiada menghadapi sebarang masalah pada saat-saat akhir.

Tidak perlu membazir duit untuk melantik ‘Wedding Planner’ bagi merealisasikan sesuatu majlis perkahwinan. Perlu yakin bahawa perancangan yang awal akan membuatkan sesuatu majlis itu akan berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Terdapat pelbagai medium untuk dijadikan bahan rujukan seperti media elektronik, majalah dan sebagainya.

Perancangan bagi Persiapan Majlis Perkahwinan adalah seperti di bawah:- 
  1. Tetapkan Tarikh Majlis Perkahwinan Yang Akan Diadakan
-   Mengambilkira faktor musim cuti samada cuti sekolah atau cuti am bagi memudahkan saudara mara berkumpul tidak kira yang jauh mahupun dekat.

2.      Tetapkan Tema 'Colour' Yang Dikehendaki
-   Seperti menjadi satu ‘trend’ bila sesuatu majlis ada tema ‘colour’ yang ditetapkan. Seperti warna ungu, merah, biru ‘torquise’, hijau dan lain-lain.

3.      Memperbaiki Rumah - kerja yang perlu dibuat awal seperti:-
-   Mengecat rumah / pagar / pasu bunga
-   Mengemas rumah dari sebarang habuk
-   Menukar langsir mengikut tema majlis termasuk bilik pengantin

4.      Tempahan Kad Jemputan Kahwin (2 bulan sebelum majlis diadakan)
-   Biasanya kad jemputan kahwin dipilih mengikut ‘budget’ yang ada

5.      Menjemput Majlis Perkahwinan (1 bulan sebelum majlis diadakan)
-   Tuan rumah mula sibuk menjemput saudara-mara terdekat mahupun yang jauh.
-   Perlu senaraikan nama siapa yang hendak dijemput (saudara-mara, kawan-kawan, dll)

6.      Persiapan Khemah
-   Khemah Pengantin
-   Khemah Makan:-
         i.  Tetamu VIP
ii.  Tetamu Biasa
-   Khemah Menunggu
-   Khemah Memasak
-   Khemah ‘Musician’ / DJ
-   Kerusi & Meja
7.      Menu Makanan
-   Tentukan menu bagi lauk-pauk, kueh, buah-buahan dan minuman serta makanan sampingan seperti cendol/kambing panggang/ayam golek dll.
i.    Majlis Pernikahan
ii.   Malam Berinai
iii.  Majlis Perkahwinan
      - Mesti sediakan lauk pengantin

8.      Pelamin dan Dekorasi Bilik Pengantin
-   Merujuk kepada mak andam yang dipilih dan ‘design’ yang telah ditetapkan

9.      Cenderamata dan Bunga Telor
-   Harga bergantung kepada ‘budget’ yang ada
-   Apa yang nak bagi?????? Terpulang…. Mengikut pilihan samada bertemakan moden / tradisional. Banyak jenis pilihan boleh ditentukan dengan pergi ke Nilai (harga brg yg dijual di sini agak murah sebab secara borong) iaitu pusat jualan barangan pengantin untuk mendapatkan idea bagi barang2 yang terkini. Terdapat pelbagai jenis seperti bunga telor, kotak, beg, glass dll. Perlu ingat ‘budget’ yang ada.
-   Tempah muffin / cupcake, biskut cokelat, dodol, kerepek, gula-gula dll. sesuai juga dijadikan 'door gift'-   Perlu sediakan untuk:-
i.     Tetamu VIP
ii.    Tetamu Sebelah Pengantin Perempuan / Lelaki
iii.   Tetamu Biasa
-   Sekiranya cenderamata bagi i, ii, & iii adalah sama pun tiada masalah.

10.  Kompang dan Silat 
-   Perlu tempah awal sebab takut tiada kekosongan

11.  DJ, Pemuzik Dan Karaoke
-   Perlu diingat bahawa ramai saudara-mara dan kawan-kawan yang berkumpul, jadi dari segi pemilihan pemuzik biarlah yang sederhana sahaja iaitu jangan sampai mengganggu sehingga tak boleh nak berborak-borak.
-   Kekadang boleh mengganggu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Al-maklumlah masa ni kita akan berkumpul dengan saudara-mara yang jauh dan dekat.

12.  Video / Photographer
-   Perlu ada untuk merakamkan saat manis dengan pasangan, ibu bapa, saudara-mara dan kengkawan
-   Pilih Photographer yang professional bagi memudahkan kerja rakaman
-   Sedara-mara atau adik beradik pun boleh….untuk jimat kos

13.  Badge / Lencana Penanggah
-   Perlu disediakan awal untuk memudahkan kerja
-   Perlu pastikan siapa yang ditugaskan samada adik-beradik dan sanak-saudara ataupun upah kendarat
14.  Bunga-Bunga Hiasan
-   Bunga Manggar (hadapan rumah pengantin)
Perlu ditanam seawal pagi majlis, untuk menunjukkan rumah pengantin

15.  Lain-lain
-   Tempah banner / bunting
Oleh itu, sesiapa yang bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan tak kiralah samada kecil atau besar, bolehlah rujuk entri saya ni. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang tidak boleh dilupakan. Persiapan di atas adalah sesuatu yang asas bagi setiap majlis perkahwinan yang bakal berkangsung. Tak perlu nak pening kepala, apa yang penting adalah kerjasama ahli keluarga, sefahaman dan yakin boleh!!!!!!!!
Bersama-sama ini dishare video perkahwinan artis sebagai suka-suka jer......dan boleh dijadikan contoh ker....Layan......


                   Video Pernikahan Tomok dan Ayu

                            Sekian....Good Luck




Selasa, 22 November 2011

Pusat Sains Negara, Bukit Kiara


Salam Semua........


Sempena musim cuti sekolah ni, saya nak share mengenai lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN), yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Tempat ini adalah amat sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah untuk menambahkan pengetahuan yang sediada. Rekabentuk bangunan PSN ini memang unik iaitu menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah.


Untuk makluman, PSN telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 29 hb. November, 1996.


Terdapat pelbagai pameran yang direka khas bagi tujuan menarik dan menggalakkan pengunjung untuk manaruh / menanam minat yang tinggi di dalam bidang Sains dan Teknologi. Pameran ini amat sesuai bagi pelajar2 sekolah dan kanak-kanak kerana di sini ada disediakan kemudahan untuk mereka mencuba sesuatu iaitu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi. Terdapat juga tempat permainan bagi kanak-kanak.


Kanak-kanak akan teruja dengan pelbagai permainan yang disediakan di sini


Konsep keseluruhan PSN ini adalah untuk mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

Harga tiket yang dikenakan (sehingga bulan Disember, 2011) :-
  • Orang Dewasa (18 tahun ke atas)        = RM 8.00
  • Kanak-Kanak (17 tahun ke bawah)     = RM 5.00
  • Kanak-Kanak (4 tahun ke bawah)       = PERCUMA

Dinosaurs ni boleh bergerak-gerak. Cuak juga bila buat pertama kali melihatkannya



Gambar menunjukkan Dinosaurs ni boleh bergerak-gerak, nampak macam 'real' jer.... mana taknyer ada anak-anak kecil yang ketakutan tengok Dinosaurs ni macam hidup jer....


                                     
  
Pandangan dari laluan untuk naik ke atas

                                      

                                     
Antara keterangan yang ada. Setiap Dinosaurs ada keterangan masing-masing. Jadi, pengunjung boleh lihat dan baca apa yang disediakan.

                                     


                                     
Antara Dinosaurs yang ada


Nampak macam 'real' jer Dinosaurs ni makan daging dengan darah bertaburan......diselangi dengan bunyi-bunyian yang menyeramkan

Kelihatan satu sudut permainan kanak-kanak di dalam 'Peneroka Comel / Little Explorers' bagi mereka yang berumur 4 tahun ke bawah sahaja.

Oleh itu, kepada para ibu bapa yang masih memikirkan tempat untuk membawa anak-anak mereka bercuti / dilawati pada cuti sekolah ini, cubalah bawa mereka ke PUSAT SAINS NEGARA. Selain daripada terdedah ke alam Sains iaitu pendidikan, kanak-kanak juga boleh mencuba sesuatu yang berkaitan dengan Sains dan teknologi.

Sekian......