klik sini yer

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

Salam semua.....


Selamat berpuasa diucapkan kepada sesapa yang baca blog sy ni. Hari ni sy nak tulis sikit berkenaan Bulan Ramadhan.


Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap orang yang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia untuk kita mendapatkan keredaan Allah dan keampunan darinya. Orang yang mendapat keredaan dan keampunan Allah adalah mereka yang melaksanakan ibadatnya pada bulan mulia ini dengan penuh taat. Oleh itu, Syurga adalah anugerah bagi hambanya yang benar-benar melakukan ibadat keranaNya dan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda serta keampunan yang banyak sekali, terutamanya pada malam 'Lailatul Qadar'. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat 4 perkara yang boleh menyebabkan tiada diampunkan dosanya iaitu:-


1. Orang yang kekal minum arak
2. Orang yang menderhaka terhadap ibu dan bapanya
3. Orang yang memutuskan silaturrahim
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih daripada 3 hari


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN:-


1. PUASA


- iaitu menahan lapar dan dahaga bermula dari tebitnya fajar sehingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat. Selain itu, kita perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:-


i) Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati  dari mengingati Allah S.W.T.
ii) Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya.
iii) Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak.
iv) Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa.
v) Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan yang banyak sehingga perut penuh dengan makanan tersebut.
vi) Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah ataupun tidak.


2. MEMBACA AL-QURAN


- Kita digalakkan membaca Kitab Al-Quran kerana pada bulan Ramadhan itulah Al-Quran diturunkan. Kita hendaklah membaca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh, mempelajari tafsirnya serta memahaminya.


3. SOLAT TARAWIH


- Solat Tarawih ialah solat yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Oleh sebab itu, ia juga dikenali dengan nama Qiyam Ramadhan, iaitu solat yang didirikan pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis, hukum solat Tarawih adalah sunat muakkad. Ianya boleh dilakukan secara bersendirian di rumah ataupun secara berjema'ah di masjid ataupun surau (lebih afdal dilakukan secara berjema'ah).
- Bilangan rakaatnya adalah 8 ataupun 20. Samada bilangan rakaatnya 8 atau 20, Solat Tarawih dibuat dua rakaat, iaitu selepas setiap dua rakaat ada satu salam. Selepas salam, bangun semula untuk menunaikan dua rakaat lagi, dan seterusnya. Ia didirikan selepas selesai menunaikan solat fardhu Isyak.


4. MALAM LAILATUL QADAR


- Ia terjadi pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan, iaitu pada malam-malam ganjil seperti malam 21, 22, 23, 25, 27 dan 29. kita hendaklah menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan memperbanyakkan solat sunat pada waktu malam, membaca Al-Quran, istighfar, dzikir, bertasbih dan membaca selawat.


5. I'TIKAF


- I'tikaf 10 hari terakhir di bulan Ramadhan iaitu berdiam diri di masjid, dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah S.W.T. seperti solat wajib berjemaah, solat sunat, memperbanyakkan doa, berdzikir, beristighfar, bartaubat, membaca Al-Quran dan amal soleh lainnya.


6. BERSEDEKAH


- Bersedekah itu ada 10 kepujian iaitu 5 di dunia dan 5 lagi di akhirat. Antaranya ialah:-


- Dunia
i) Menyucikan hartanya
ii) Menyucikan badannya
iii) Menolak bala penyakit
iv) Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
v) Allah memberkati dan meluaskan lagi hartanya


- Akhirat
i) Dinaungkan Allah orang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas
ii) Ringan azabnya
iii) Berat timbangannya (amalan) di akhirat
iv) Mudah melalui titi Sirotolmustaqim
v) Bertambah darjatnya di dalam syurga


7. MELAKSANAKAN IBADAH UMRAH


- dapat memperolehi ganjaran pahala yang begitu besar. Ia sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah Umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadhan adalah menyamai haji (Riwayat Bukhari).








Rujukan: Koleksi Buku Agama & Laman Web