klik sini yer

Selasa, 22 November 2011

Pusat Sains Negara, Bukit Kiara


Salam Semua........


Sempena musim cuti sekolah ni, saya nak share mengenai lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN), yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Tempat ini adalah amat sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah untuk menambahkan pengetahuan yang sediada. Rekabentuk bangunan PSN ini memang unik iaitu menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah.


Untuk makluman, PSN telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 29 hb. November, 1996.


Terdapat pelbagai pameran yang direka khas bagi tujuan menarik dan menggalakkan pengunjung untuk manaruh / menanam minat yang tinggi di dalam bidang Sains dan Teknologi. Pameran ini amat sesuai bagi pelajar2 sekolah dan kanak-kanak kerana di sini ada disediakan kemudahan untuk mereka mencuba sesuatu iaitu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi. Terdapat juga tempat permainan bagi kanak-kanak.


Kanak-kanak akan teruja dengan pelbagai permainan yang disediakan di sini


Konsep keseluruhan PSN ini adalah untuk mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

Harga tiket yang dikenakan (sehingga bulan Disember, 2011) :-
  • Orang Dewasa (18 tahun ke atas)        = RM 8.00
  • Kanak-Kanak (17 tahun ke bawah)     = RM 5.00
  • Kanak-Kanak (4 tahun ke bawah)       = PERCUMA

Dinosaurs ni boleh bergerak-gerak. Cuak juga bila buat pertama kali melihatkannya



Gambar menunjukkan Dinosaurs ni boleh bergerak-gerak, nampak macam 'real' jer.... mana taknyer ada anak-anak kecil yang ketakutan tengok Dinosaurs ni macam hidup jer....


                                     
  
Pandangan dari laluan untuk naik ke atas

                                      

                                     
Antara keterangan yang ada. Setiap Dinosaurs ada keterangan masing-masing. Jadi, pengunjung boleh lihat dan baca apa yang disediakan.

                                     


                                     
Antara Dinosaurs yang ada


Nampak macam 'real' jer Dinosaurs ni makan daging dengan darah bertaburan......diselangi dengan bunyi-bunyian yang menyeramkan

Kelihatan satu sudut permainan kanak-kanak di dalam 'Peneroka Comel / Little Explorers' bagi mereka yang berumur 4 tahun ke bawah sahaja.

Oleh itu, kepada para ibu bapa yang masih memikirkan tempat untuk membawa anak-anak mereka bercuti / dilawati pada cuti sekolah ini, cubalah bawa mereka ke PUSAT SAINS NEGARA. Selain daripada terdedah ke alam Sains iaitu pendidikan, kanak-kanak juga boleh mencuba sesuatu yang berkaitan dengan Sains dan teknologi.

Sekian......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan